Make your own free website on Tripod.com

Surau Kg Darat Pak Chan ( Dekat Kubur) Terbakar

28 March 2007 :

Satu kebakaran telah berlaku pada jama 9.30 malam di Surau Darat Pak Chan (dekat tanah perkuburan) memusnahkan teruk keseluruhan dinding , lantai dan mimbar. Yang tinggal hanya kerangka surau dan sedikit atap. Turut terbakar ialah setor keranda bersembelahan . Mengikut saksi yang berkejar ke tempat kejadian , mereka dapat mencium bau minyak tanah yang kuat di penjuru belakang surau di bahagian solat muslimat. Walaubagaimana pun perkara ini di dalam penyiasatan polis dan bomba .Penduduk kampung tidak menolak punca kejadian ini akibat dari perbuatan khianat. Surau ini adalah surau yang aktif dengan sessi pengajaran ugama pada waktu malam dan jemaah yang ramai terdiri dari penyokong PAS.



Pada malam yang sama ia itu pada lebih kurang pukul 1.45 , berlaku pula satu percubaan membakar rumah , imam surau yang sudah terbakar pada pukul 9.30. Dengan pertolongan Allah , Imam tersebut tergerak hati untuk balik awal dan melihat asap telah berkepul kepul dari sebahagian rumahnya di mana keluarga nya masih tidak sedar terdapat api. Api tidak sempat membakar rumah imam ini dan alhamdulillah ia masih dalam siasatan polis.

Pihak surau memohon bantuan dari semua pihak untuk membina balik surau tersebut . Semoga Allah memberi kekuatan dan kesabaran kepada penduduk kampung yang terlibat. 

Berikut adalah peta lokasi surau untuk lawatan dan gambar surau yang sudah terbakar.

( Jambatan di dalam peta ialah jambatan Bandar Marang. Surau di kiri Jalan ke Batangan)

tan