Make your own free website on Tripod.com

Siapa Mengkhianati Agenda memajukan Orang Melayu

 

Perhimpunan Agong UMNO 2005 yang sedang berlangsung sekarang bergema seolah olah bangkit dari igauan yang lama. Pewakilan negeri yang muda menyampaikan pendapat demi pendapat dan golongan tua memerhati dengan keadaan risau takut takut terpelanting dari jawatan gaji buta yang mereka sudah nikmati berzaman .
Saya akan cuba mengenalpasti dimana silap orang melayu dalam kegagalan menaikkan status ekonomi , social dan politik mereka.

Diantara perkara yang dibangkitkan disetiap perhimpunan agong UMNO ialah kegagalan Kerajaan malaysia pimpinan UMNO menaikkan status ekonomi, politik dan social orang Melayu . Sebenarnya perkara ini sentiasa dibincang setiap kali berlaku perhimpunan agong UMNO untuk memberi mesej kepada orang melayu yang mengundi UMNO bahawa UMNO memperjaungkan nasib mereka sebagai tuan tanah asal kepada bumi Malaysia yang dicintai ini.

Ramai tertanya tanya bagaimana kerajaan malaysia pimpinan UMNO gagal menaikkan taraf orang Melayu selepas sekian lama memerintah . Bukan sedikit harta negara dibelanjakan namun apa yang mereka janjikan kepada orang melayu hanya tinggal janji kosong.Dimana kah silap nya dan bagaimana mahu memperbetulkannya.

1. Usaha pertama yang bersungguh sungguh untuk menaikkan taraf orang melayu berlaku semasa pemerintahan Tun Abdul Razak. Tun Abdul Razak ialah pemimpin yang bersama rakyat , yang memahami keadaan hidup orang melayu yang melarat peningalan pemerintahan British dan Tengku Abdul Rahman.Ditambah pula dengan berlakunya peristiwa 13 Mei 1969. Rancangan menempatkan orang melayu ke tanah pertanian baru dan RIDA ( menolong smi melayu) adalah satu rancangan yang kreatif. Namun apabila mahathir memerintah Felda mahu di swastakan dan tanah mereka dijual kepada korporat. Sekarang felda menjadi 'Malay Ghetto' ia menjadi sarang penagih dadah , penganguran dan kemiskinan.

Penyelesaian : Agenda Nasional Baru yang dicadangkan mestilah melaksanakan program drastik dan sistematik untuk memastikan kejayaan social engineering yang telah dirancang dan dilempar buang oleh Mahathir dengan theory memperkayakan 10 orang melayu yang merugikan orang melayu..Usaha untuk mengswastakan tanah orang melayu mestilah dianggap pengkhianatan.

2. Malaysia selepas merdeka dibebankan dengan ancaman kominis yang dipelopori oleh orang cina yang berfahaman kominis yang ingin mengambil alih Malaysia secara keganasan. Banyak resources kerajaan digunakan untuk memerangi komunis di bandar , dikampung dan di hutan.Sekolah cina , kg baru dan kongsi gelap dijadikan base untuk kegiatan komunis berkonfrantasi dengan kerajaan . Apabila komunis dihapuskan dengan serah diri Ching Ping , timbul satu gejala baru iaiatu chauvinist china dan india yang agressive yang bergerak dibawah nama parti politik,ahli koperat dan persatuan mengekalkan budaya dan identiti.Mereka ini akhir nya melalui proses 'metamorphosis ' dan menjadi aktivis anti islam dan chauvinist yang berani mencabar polisi pro melayu kerajaan dan ummat islam. IFC adalah agenda pertama menguji ketahanan orang melayu mempertahankan kekuasaan mereka.

Penyelesaian : Pesatuan anti islam dan anti orang melayu mesti di monitor supaya mereka tidak menguasai suasana dan menimbulkan perasaan mereka yang berkuasa di bandar dan di kampung. Kongsi gelap yang mengugut di KL street dan AhLong yang mengganas di kampung sebenarnya ada motif politik iaitu untuk memberi mesej ' you control the government , we control the street' kepada orang melayu.

3. Apabila kerajaan melaksanakan DEB terdapat mereka yang cuba sabatoj program ini. Mereka terdiri korporat cina dan india yang merasa tergugat dengan monopoli mereka dalam dunia perniagaan. Kaum korporat Cina dan India sentiasa mengamalkan monopoli tanpa segan silu untuk terus menguasai pasaran orang melayu . DEB di pandang sebagai ancaman bukannya agenda menstabilkan negara. Apa yang dilakukan kan oleh korporat cina dan india ini ialah merosakkan sistem pertadbiran kerajaan dengan rasuah dan program ALI BABA. Ini bertambah parah apabila kementerian penting dikuasai oleh orang bukan Islam.Korporat bukan islam juga menguasai pemimpin UMNO dengan sumbangan kewangan dalam pilihan raya.

Penyelesaian : Korporat Cina dan India yang merasuah pegawai kerajaan mesti lah dibenteras dan pegawai melayu yang menerima rasuah di ambil tindakan. Ini lah MUSUH utama yang mengagalkan segala program untuk memertabatkan Ummah.Pemimpin politik yang menjadi barua kepada ahli korporat ini patut didedahkan .Segala duit DEB sebenar jatuh kedalam saluran mereka.

4. Parti komponent BN sentiasa memberi tekanan dan mengugut UMNO agar melaksanakan demand mereka. Pemimpin umno yang kecut dan pentingkan perut akhir nya mengalah dan menerima demand mereka dengan bersembunyi takut diketahui orang melayu. Meritokrasi , pembatalan DEB dan 'i dont give a damn attitude' sekolah cina terhadap dasar kerajaan adalah diantara kegagalan UMNO mempertahankan agenda melayu.

Penyelesaian: Parti Politik melayu dan parti politik islam mestilah berhati hati terhadap parti politik bukan islam yang cuba menagguk diair keruh. Semua parti politik melayu mestilah mengambil quran dan sunnah sebagai pedoman.

5. Semangat berugama orang melayu iaitu Islam dan shariat Islam di perkecilkan dan di marginisekan untuk menjadikan islam sebagai agenda kurang penting . Ini bagi mengurangkan protes terhadap agenda yang haram yang terpaksa dilakukan oleh umno untuk mengambil hati orang bukan islam saperti kes arak, budaya dan pesta.Peranan pejabat ugama dipersoalkan dan wujudnya nya mereka yang tidak mengamal islam tapi bercakap islam digalakkan.Sister in Islam tajaan zionism dan americanism disanjung sebagai model emancipated muslim women.

Penyelesaian : Pejabat ugama dan aktivis islam mestilah sentiasa mendidik ummat islam supaya mendapatkan pendidikan islam yang sebenar dan menjadikan islam sebagai cara hidup.Perlu diingat menjadi agenda zionist dan america menonjolkan American version of islam.