Masjid Bujal Di Campak Dalam Tempat Buangan Sampah Ladang Tabung Haji

 

Ini lah tempat buang sampah di mana Masjid Bujal dicampak. Ianya berada di tempat buang sampah di kawasan Ladang Kelapa Sawit Tabung Haji. Sisa Masjid Bujal di campak oleh Majlis Daerah Terengganu dan JKR Terengganu bercampur baur dengan sampah sarat dan najis.

 

Ini adalah 'ground beam' dan structure kubah Masjid Bujal yang tidak patah walau di lanyak bulldozer pihak yang tidak takut pada siksaan Allah.

 

Tempat sujud para jemaah yang berjubin putih dan pink yang menjadi bahan bukti bangunan ini adalah masjid masih jelas kelihatan. Ini lah tanda bukti masjid Bujal yang menyebabkan ramai pengunjung menangis melihatnya semasa ia masih roboh di tapak asal.Pihak UMNO memberi penerangan seluruh negara untuk berbohong bahawa bangunan itu bukan masjid tapi markas PAS.Kemungkinan bukti akhir ini pun akan di hapuskan oleh UMNO dan barua nya.

 

Bahan binaan Masjid Allah bercampur baur dengan sampah dan najis

Dalam kekalutan peristiwa malang bagi Ummah terhina dengan roboh nya sebuah rumah Allah dan untuk menghina lagi , mencapakkan rumah Allah ini dalam bakul sampah besar, ummat islam miskin masih mencari makanan dicelah sisa sisa sampah.

Seorang anak kecil berteduh disebalik bekas masjid Bujal , menantikan ibu bapanya mencari rezeki di celah sampah sarat.

Pengajaran Kepada Ummah

1. Orang yang tidak suka pada Islam , Shariat Nya, Negara Islam dan perjuangan menegakkan Islam tidak teragak untuk membuat perkara yang menghina Allah apabila tergugat

2. Ummat Islam apabila berada dalam keadaan terlalu takut dan lemah akan membiarkan apa saja berlaku terhadap Allah dan Islam demi untuk menjaga kulit mereka dan kehidupan mereka walaupun mereka miskin

3. Manusia munafik dibawah kefanatikan secularisma boleh menjadi sangat jahat hingga boleh menghina islam dan mengacam nyawa manusia lain