SEKITAR MUNAJAT PERDANA DI MASJID RUSILA

 

15.7.2005

Saya begegas ke Masjid Rusila sekitar pukul 4.15 pagi.Apabila sampai disana saya dapati semua bahagian bawah masjid sudah dipenuhi. Ini luar biasa kehadiran. Saya menaiki tingkat bawah masjid.Seluruh kawasan atas masjid juga penuh.Mashaalah , hati saya gembira melihat Ummat Islam masih berharapkan kekuasaan Allah untuk menolong mereka apabila mereka menghadapi kesusahan dan ancaman . Suasana sangat hening . Masing masing diam merenung tempat sujud . Ada yang membaca wirid secara perlahan sebelum munajat bermula. Saya melihat muka mereka yang pasrah kepada Allah dan sangat bertenaga menghadapi apa saja yang berlaku pada mereka.

 

Semua bahagian masjid penuh. Ada terpaksa bersembahyang di hadapan pintu masuk masjid.

Ummat Islam telah dihina begitu rupa oleh Pak lah dan UMNO dengan kejadian perobohon dan pembuangan masjid ke dalam tong sampah besar tabung haji.Susah nak dibayangkan bila kita berdepan dengan anak cucu kita nanti.Mereka akan bertanya 'Datuk , apa datuk buat masa itu apabila masjid dicampak dalam tong sampah'. Mungkin juga apabila kita ke luar negeri di makkah atau tempat lain , orang islam bangsa lain tanya , apa reaksi ummat islam malaysia bila masjid bujal diroboh dan dibuang dalam tong sampah.

Lebih kurang pukul 4.40 , para jemaah diberi taklimat ringkas tentang tatacara munajat. Kami sembahyang sunnat tahajjuj bersendirian .Selepas itu sembahyang sunat Hajat berjemaah. Di ikuti dengan sembahyang sunat witir 3 rakaat berjamaah. Lepas itu baru lah dibaca munajat oleh ustaz Muhamad Awang.Untuk mendengar sebahagian dari munajat sila tekan link ini

Sungguh bertenaga suara ustaz Muhamad Awang bekas ketua persatuan ulama malaysia membaca munajat. Kadang diselangai dengan suara yang sedih . Selepas munajat , jemaah sembahyang subuh dan seterusnya mendengar

Semasa kuliah subuh saya sempat mengambil gambar disekitar masjid di tepi pantai. Fajar sedang menyinsing cantik dihujung ufuk seolah olah cahaya Islam akan terus cemerlang walaupun cuba di padamkan oleh tangan yang jahat .

Fajar menyising selesai Munajat seolah olah cahaya Islam akan terus memancar walaupun ada tangan jahat ingin memadamkannya