Make your own free website on Tripod.com

Hamas Menang dan Fatah Akur

Ahmad Hadeed

Kemenangan Hamas dalam pilihanraya tanah jajahan Palestine mengejutkan America , Israel dan orang yang benci Islam. Hamas menang 76 dari 132 kerusi parlimen dan ini melayakkan Hamas sebagai pemerintah tanah Palestine yang masih berada dalam jajahan Israel . Fatah yang merasa begitu yakin dengan kemenangan dalam pilihanraya dengan sokongan USA dan Mahmooud Abbas sebagai simbol pemimpin palestine yang sanggup mengiktiraf israel dan berkomromi dengan segala macam syarat yang di paksa oleh yahudi dan america, hanya menang 45 kerusi.

Kemenangan Hamas dalam aktiviiti pilihanaraya membuktikan bahawa didalam dunia islam am nya , RAKYAT Islam masih bersama dengan Islam dan masih kuat mahukan Islam sebagai sistem yang layak mengendali urusan mereka menggantikan nationalisma sekular . Rakyat Islam masih kuat percaya kepada islam sebagai penyelesaian masaalah ummah dan mereka masih mahu merdeka dan berdikari dengan Islam. Boleh dikatakan bahawa , ummah sebenarnya menolak pemimpin dan pemerintah secularisma yang jelas merugikan ummah dan indirectly melemahkan ummah.

 

Sekarang

Dulu

 

Scenario politik di Pakistan , Afghanistan dan Iraq telah menunjukkan betapa golongan sekular telah menjual negara mereka kepada America dan Yahudi untuk di iktiraf sebagai negara 'bersih' . Kos nya ialah kehilangan kedaulatan negara ummat islam dan hancurnya budaya dan sistem social ummat islam. America telah dengan selamba dan angkuh memasuki ruang Pakistan untuk mengebom kampong dan membunuh 18 orang kampung hanya kerana meraka ' sangka ' ada pengganas di kampung itu. Musharaf dengan bodoh hanya dapat memberi amaran' don't do it again'.

Kemenangan Hamas tidak akan di iktiraf oleh Yahudi dan America kerana musuh Islam menggangap Hamas adalah kumpulan pengganas walaupun penduduk Palestine yang mengundi Hamas menggangap Hamas adalah pejuang palestine sebenar yang melindungi mereka bukannya Fatah yang sekular.. The Quatet telah merancang untuk menyekat bantuan kewangan dan USA tidak akan memberi kerjasama dalam proses damai bila Hamas berada didalam commitee. Fatah tidak mahu menyertai Hamas takut di kecam oleh yahudi dan usa dan mereka hanya mahu jadi parti pembangkang. Mungkin Fatah belum bangkit dari tidur sekularisma nya

Avi Ditcher ( A real ditch) , bekas ketua Shin Beth berkata , israel akan memburu pejuang Hamas walaupun mereka menjadai Menteri. Mahmoud Zahar telah membuat statement bahawa Hamas tidak akan mengiktiraf israel dalam keadaan israel tidak mahu melepaskan tanah jajahan 1967 dan tidak mempunyai sempadan yang tetap.

 

Yang menariknya , orang USA dan Canada masih mempunyai mentaliti kolot dengan gagal mengiktiraf demokrasi yang mereka perjuangkan . Ini lah hipokrasi barat dan sekutunya. Demokrasi hanya lah mainan bagi orang yang berkuasa untuk merampas dari Ummah apabila mereka kuat dan gagal mengiktiraf kemenangan apabila ummah yang menguasai sistem. Pepatah inggeris ada menyebut ' Damn if you do and damn if you dont '. Golongan bukan islam dan benci Islam hanya mahukan Ummah Islam sebagai born loser didalam politika ekonomi dan sosial. Tinggal lagi , adakah ummat islam sanggup menjadi born loser berabad abad lamanya.

Seorang pemberita surat khabar Canada ' Calgary Sun ' menulis ' Apakah yang berubah untuk israel apabila rakyat palestine melantik organasasi penganas menubuhkan kerajaan majoriti. Kita boleh menjawab kembali , jika Bush adalah penjenayah perang dan perang Irak adalah aktiviti pengganas, pertanyaaan kita ' apakah yang berubah untuk usa apabila rakyat nya melantika organasasi pengganas , Republican memerintah USA.

Kemenagan Hamas bukan nya penghujung kepada perjuangan menegakkan negara merdeka palestine tetapi permulaan kepada perjuangan kemerdekaan yang sebenar. Satu perkara yang boleh dipelajari dari orang Palestine ialah Fatah tidak sekali kali sanggup melucutkan senjata Hamas walau di desak dan di sogok oleh barat dan yahudi tetapi parti UMNO Melayu sanggup melucutkan kekuatan PAS hanya dengan gertak sambal singapura dan parti komponent BN .