Kezaliman FRU di Ceramah Membantah Roboh dan Buang Masjid Bujal

 

Klik disini untuk mellihat flash movie bagi memahami keadaan

7.7.2005

Mak Chili , Kemaman

Tanpa memberi sebarang amaran bersurai sepasukan FRU menyerbu masuk ke pentas majlis ceramah membantah perobohan dan pembersihan saki baki Masjid Bujal. Apabila penduduk kampong bertahan , polis bertindak liar . Penduduk kampung membaling pasir dan batu kecil pada pasukan FRU yang tidak mengikut procedure kerja ini dan mereka bertempiaran lari.Sebaik saja tiba di pintu gerbang , mereka melepaskan gas menyesak paru paru berkali kali.Penduduk yang tergaman dengan anak kecil dan orang tua terjun ke paya untuk mengelakkan lemas dalam kepulan gas . Gas ini luar biasa kerana apabila disedut masuk ke udara , dada seolah olah nak pecah.Bayangkan kalau bayi 58 hari menyedutnya.Ini lah yang sebenarnya telah berlaku.Seorang bayi 58 hari nyaris mati terhidu gas ini. Muka nya biru kelemasan.Seorang pelajar berpenyakit lelah rebah pengsan . Ramai perempuan tua tumbang begitu saja.Di beritakan seorang budak 3 tahun patah tangan dipijak.

 

Kawasan paya yang diredah oleh perempuan dan anak kecil yang lemas di selubungi gas.Tumbuhan ranap dipijak dalam malam yang gelap gulita.

Orang kampung menyerbu kearah paya untuk menyelamatkan diri besama anak.Nasib baik paya tak dalam airnya.Kalau tidak tak tahu apa akan berlaku dalam gelap dan gas penyesak dada.Tak cukup dengan gas , sebuah water canon FRU meluru pantas ke depan pentas.Terkejut saya melihat begitu laju kereta berat bertan tan itu meluru dan terus menyembur air.Selepas itu berlaku pukul memukul di belakang pentas.'Pasukan Pengejar' FRU dengan ganas muka dan mulut meluru untuk menangkap mereka yang menunggu dikereta akibat ramai yang terpisah.Yang paling saya tak dapat lupakan , seorang FRU tua bangka dengan angkuh menjerit kepada orang berkepiah puteh ,' Balik , balik semua ..balik rumah sembahyang hajat". Sedih hati saya mendengar nya..Seolah olah nya FRU tua bangka ini tidak takut dengan sembahyang hajat orang kampung bermunajat kepada Allah untuk melindungi bencana yang menimpa mereka dan keatas rumah Allah.Teringat saya pada berita luar negara dimana orang kafir mencabar orang islam di penjara ,' mana tuhan kamu untuk melepaskan kamu dari penjara'.

Orang kampung bersurai dengan suasana yang sedih , pilu dihina oleh bangsa mereka sendiri yang sudah mabuk syaitan.

 

 

Ini adalah tempat ceramah membantah perobohan dan pembersihan Masjid Bujal

Pintu gerbang tempat FRU melancarkan serangan mengejut